° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° °

Saturday, August 28, 2010

Terfikir Sejenap

Sepanjang bulan ramadhan ini aku terfikir, banyak kejadian yang tidak dingini berlaku antaranya pada 3 ramadhan, umat lslam baru berpuasa 3 hari iaitu berlakunya ribut kencang yang hanya 4 minit berlaku yang mampu mengorbankan 2 nyawa yang berlaku di Jasin melaka. Aku begitu terharu apa yang berlaku sungguh menghairankan bagiku kerana ia berlaku hanya di bazar Ramadhan itu...

Tidak lama kemudiannya pada 23/08/2010 bersamaan 13 Ramadhan, tiba-tiba berlaku angin kencang berserta dengan hujan, selepas aku balik dari kerja, aku bersyukur kerna aku bekerja shiff pagi dan tidaklah merusingkan pada waktu tersebut.....Keesokkan harinya aku pergi tempat kerja memang tempatku tidak berlaku apa2 akibat angin yang kencang itu, begitu juga seluruh kawasan kemaman terengganu.

Tapi alamkah terkejutnya bila aku membaca kosmo online pada hari itu yang menyatakan berpuluh-puluh pokok sekitar Taman Bukit Setongkol Jaya, tumbang menghempap rumah dan kenderaan penduduk. Kejadian berlaku selama 10 minit, kebanyakan mereka sedang menyiapkan juadah untuk berbuka puasa yang berlaku di Bukit Setongkol, Indera Mahkota dan Semambu kuantan pahang.

Pada hari yang sama juga pokok besar tumbang di selangor yang memhempas kenderaan dan rumah mereka akibat ribut kencang...

Sesekali aku terfikir ini semua dugaan daripada Allah s.w.t. untuk menguji manusia, tetapi apa sebenarnya yang berlaku di baliknya, di antara yang tersirat dan tersurat.. Ya Allah sesunguhnya manusia hari ini banyak mengejar harta dunia dan melupaiMu sesunguhnya kau sedarkanlah mereka dan ampunkanlah dosa mereka..

sesunguhnya aku tahu aku juga sentiasa melupaiMu....

No comments:

Post a Comment