° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° °

Thursday, September 17, 2009

wanita......


Akalmu senipis bilahan rambut,

Tebalkanlah ia deangan limpahan ilmu,

Jua hatimu bak kaca yang rapuh,

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh….


Tercipta engkau dari rusuk lelaki ,

Bukan dari kaki untuk dialasi,

Bukan dari kepala untuk dijunjung,

Tapi dekat dibahu untuk dilindungi,

Dekat jua di hati untuk dikasihi,

Engkaulah wanita Hiasan duniawi….


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,

Jika datangnya dari kayu yang bengkok,

Begitulah peribadi yang dibentuk….


Didiklah wanita dengan keimanan,

Bukanya harta ataupun pujian,

Kelak tidak derita berharap pada yang binasa….


Engkaulah wanita istimewa…..


Sedarilah insan istimewa,

Bahawa kelembutan bukan kelemahan,

Bukan jua penghinaan dari Tuhan,

Bahkan sebagai hiasan kecantikan…..


No comments:

Post a Comment